Thursday, 1 November 2012

2nd Task

Musim cuti untuk diri kami dah pun sampai di penghujungnya. Dah tak boleh nak main-main lagi.Bermula dengan assignment pertama , kini  tugasan yang kedua pula telah siap di' publishkan'. Kami dikehendaki untuk menemubual 'customer' mengenai pendapat atau pandangan mereka tentang agensi pelancongan.





Oleh itu , kami telah bersepakat memilih untuk menemubual seorang mahasiswi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Tahun 2, iaitu Cik Nurul Akmalilhuda Binti Mohd Alami memandangkan beliau sangat gemar menggunakan pakej agen pelancongan.  

#catatan : 
Penemubual _ Norharlina 
rekod _ Nur Aqidah

soalan 1
Adakah anda pernah melancong menggunakan agensi? Berapa kali kerapkah anda melancong dan dimana?
 " saya pernah menggunakan khidmat agen pelancongan ini semasa saya ingin menunaikan Umrah sebanyak 3 kali . Bukan itu sahaja , saya juga ada melancong sendiri ketika itu saya ingin melancong ke Korea ." 

soalan 2
Apakah pendapat anda tentang melancong menggunakan servis agensi berbanding persendirian?
" Pada pendapat saya , lebih mudah sekiranya menggunakan agensi berbanding persendirian.Ini adalah kali ketiga saya dan keluarga memilih travel agensi sebagai agensi pelancongan kami.Pakej Muslim dengan harga berpatutan yang ditawarkan menjadi faktor utama pemilihan syarikat tersebut. Diharapkan syarikat itu akan terus maju lagi dan dapat menyediakan perkhidmatan lebih baik dari masa ke semasa.

soalan 3
Bagaimana memilih Travel Agency yang bagus dan bagaimana mengelak dari tertipu oleh mereka?
" Untuk memilih Travel Agency yang sesuai, buat survey melalui pihak Tabung Haji atau rakan-rakan yang pernah atau selalu kesana. Sekiranya kita pergi berseorangan atau bersama pasangan sahaja, saya nasihatkan ambillah yang bajetnya dalam RM6-7k kerana hotelnya berdekatan dengan Masjidil Haram, selesa, makanan yang bagus dan para mutawwif yang berpengalaman.  Hubungi sebanyak mungkin Travel Agencies dan tanya soalan yang lazim ditanya seperti berapa orang mutawif untuk setiap berapa orang jemaah, jarak hotel dari masjid, program ziarah kemana dan adakah disediakan makanan untuk 3 kali setiap hari. Kalau tidak mahu keletihan akibat flight yang panjang atau banyak transit harga pakej juga berbeza, lagi banyak transit lagi murah tambang flightnya. "

soalan 4 
Adakah kebajikan anda dijaga?
" Ya , kalau ada apa-apa masalah , mereka akan tolong 'settle'kan. 

soalan 5 
Ada sebarang komen atau cadangan utk memperbaiki mutu agen pelancongan?
"Kalau ada sebarang ketidakpuashati usulkan sebarang komen atau komplen kepada pihak pengurusan supaya dapat diperbetulkan sebelum menjadi lebih teruk. Niatlah untuk kebaikan ahli jemaah agar Ibadah Umrah dapat disempurnkan dengan baik. Pengurusan yang bagus akan mengambil berat dan menerima pendapat dan pandangan ahli jemaah. Jangan cuma merungut dibelakang kerana mengumpat akan menjejaskan Ibadah Umrah anda ketika itu ."


setakat ini temubual kami ,  :)
evidence :














Hope u like our work! ^^


Tuesday, 23 October 2012

Week 5 Recap (19/10/2012)


Dalam minggu kedua kuliah APK lepas, kita telah membincangkan tentang  punca sebenar masalah bersama Mr. Bernard , dan kami telah diarahkan
 untuk mencari tahu masalah yang berkaitan dengan industri yang dikaji . Tambahan lagi , kami juga ditugaskan untuk bertanya beberapa soalan mengenai hal itu.

"What Industry Are You Looking For? What Problem Is It?"


Beberapa minggu lepas setelah sumbang saran dan perbincangan dalam  kalangan semua ahli kumpulan, kami tampil dengan idea dengan menceburi industri agensi pelancongan.





Tinjauan masalah

"Whose Problem Is It?"

"Why Is The Problem There? When Did It Occur?"

What is the problem again?


What is the root cause?

Untuk mencari punca, kita menggunakan teknik "5 WHY" ,  hal ini adalah kerana , soalan "WHY"  akan membawa kepada beberapa pertanyaan .contoh:  Punca yang akan menjadi akar kepada perbincangan yang panjang, dan apabila ada punca , ada pula masalah-masalah lain dan cara penyelesaiannya yang boleh kite bincangkan.

PERNYATAAN MASALAH -> mengapa? -> SEBAB 1  -> mengapa? -> SEBAB 2 -> mengapa? -> ... -> Mengapa? -> SEBAB SEBENAR


Then what?

Selepas mencari punca masalah, perkara seterusnya untuk dilakukan adalah untuk mencari penyelesaian yang berkaitan dengan bukan sahaja masalah, tetapi punca. 


Apa yang telah kami pelajari

Minggu ini, kami telah mempelajari bahawa bagi setiap masalah, sebenarnya terdapat beberapa punca yang menyebabkan permasalahan itu berlaku. Kepentingan punca adalah kita akan tahu apa yang sebenarnya yang menyebabkan masalah berlaku dan kemudian cuba untuk mencari penyelesaian kepada punca itu. Kami juga telah mempelajari  tentang bagaimana untuk tampil dengan idea yang boleh dijadikan sebagai idea perniagaan dengan melihat ke dalam masalah yang dihadapi oleh orang-orang di sekeliling kita. Kami merasakan bahawa ia sebenarnya agak mudah untuk tampil dengan idea, tetapi untuk menjadikannya sesuatu yang boleh dilakukan dan digunakan adalah susah. Manusia  sentiasa mempunyai sesuatu yang mereka punyai dalam minda mereka yang mahu dilakukan dan dicapai, tetapi ada yang tidak berbuat apa-apa untuk membuatkan ianya berlaku, mereka lebih memilih untuk berdiam diri dan mengharapkan perubahan oleh orang lain ataupun menunggu sehingga berlakunya keajaiban . 

Dari apa yang kami pelajari minggu ini, as a students. By thinking critically about the problems, we should be able to point out the sources that actually make up the problem and then find multiple ways to solve it, and choose the best and most applicable way.

that all from us . :)

Sunday, 21 October 2012

New task


Homework for next week is...
1) Identify the root causes of our problems and the possible idea?
2) how long the business idea will go?
3) And make a conversation with customer?



“What we learn today is how we behave tomorrow”:

When you wake up in the morning, do not expect to live until evening.

HOPE OUR TEAM CAN DO IT!
YES .WE CAN 
<3