Thursday, 8 November 2012

Oh!

gambar hiasan semata-mata . :))

Apabila kita taip perkataan 'ISLAM' dalam enjin pencarian di google . Terdapat lebih daripada 585000000 keputusan .  WOW! amazing right . Hal ini menunjukkan bahawa  ramai dari serata dunia telah telah membangunkan  idea mengenai islam dan teknologi .  cth :http://ihashimi.aurasolution.com/TeknoSMPI.htm .

ISLAM DAN TEKNOLOGI

Dari segi definasi teknologi ianya membawa maksud “aktiviti atau kajian yg menggunakan pengetahuan sains utk tujuan praktis dlm industri, pertanian, perubatan, perniagaan, dll, sains gunaan sementara islam adalah tunduk dan patuh pd perintah Allah.
Teknologi adalah perkataan yang berasal dari barat dan membawa maksud aplikasi Sains secara praktikal atau mekanikal terhadap industri atau kehidupan. Walaubagaimanapun teknologi atau ciptaan alat-alat teknologi telah sekaligus dikaitkan dengan tamadun barat sehinggakan umat Islam telah terterap di dalam pemikiran mereka bahawa teknologi dan permodenan bererti penerapan nilai-nilai barat berserta cara hidupnya.
Ini dapat kita memperhatikan sendiri bagaimana negara-negara Muslim berlumba-lumba untuk meningkatkan taraf pencapaian teknologi masing-masing seperti teknologi nuklear di Pakistan dan cyberjaya di Malaysia dan sebagainya tanpa benar-benar memahami apakah tujuan teknologi tersebut. Perbahasan tentang teknologi dan permodenan sering kali di kaitkan dengan idea-idea seperti demokrasi, kebebasan hidup (freedom) dan free-market ekonomi hinggakan kita sering mendengar ucapan-ucapan seperti “untuk menjadi sebuah negara maju dan berteknologi, kita perlu berdemokrasi. Di dalam Islam, memang tidak ada kekeliruan tentang kedudukan teknologi atau ciptaan barang-barang material. Ini dapat kita saksikan sendiri di zaman Rasullullah s.a.w dan khilafah Islam setelah zaman baginda. Rasullullah s.a.w pernah mengambil teknologi perang Persia semasa Perang Khandak di mana beliau berserta sahabah menggali parit mengelilingi kota Medina sebagai benteng pertahanan. Kita juga melihat ciptaan meriam pertama di zaman Khalifah Muhammad Al Fatih sewaktu penaklukan kota Constantinople. Malah Sains dan Teknologi merupakan bidang yang amat maju di zaman Khilafah Islam. AlQur’an banyak menyarankan supaya umat Islam bergiat menggunakan segala ciptaan Allah s.w.t untuk kegunaan mereka di dalam kehidupan seharian. 

PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT YANG SEMAKIN MENINGKAT

Pada suatu masa dahulu, telefon bimbit dianggap sebagai barangan mewah yang tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan orang selain bentuknya yang besar dah sukar dibawa. Namun, selepas kita memasuki alaf baru, pengguna telefon bimbit meningkat bak cendawan tumbuh selepas hujan disebabkan harganya yang jauh lebih murah selain bentuknya yang lebih kecil dan senang dibawa ke mana-mana. Kini, tidak hairanlah hampir semua penduduk dunia mempunyai  sekurang-kurangnya sebuah telefon bimbit. Pelajar sekolah pula tidak ketinggalan dalam perlumbaan mengejar kecanggihan malah ada juga yang telah pun mempunyai telefon pintar.  Persoalannya, adakah telefon bimbit memberi implikasi baik ataupun impak negatif terhadap masyarakat?


   
Penggunaan telefon bimbit sudah semestinya banyak membantu dalam komunikasi harian. Kita tidak perlu lagi bersusah-payah untuk pergi ke rumah seseorang untuk berkongsi ataupun menyampaikan maklumat. Bukan itu sahaja, keselamatan seseorang individu  juga akan lebih terjamin kerana telefon bimbit mudah digunakan bagi mendail pihak polis atau sesiapa sahaja dalam masa kecemasan. Perkara sebegini amat penting terutamanya bagi seseorang pelajar yang berada dalam kecemasan. Perkongsian matlumat tentang pelajaran atau kerja rumah juga dapat dilakukan dengan lebih mudah dengan adanya telefon bimbit.
   
 Seterusnya, mengikut kajian terbaru daripada 31 saintis daripada 14 negara-negara maju termasuk Amerika Syarikat, penggunaan telefon bimbit yang berlebihan dapat mendatangkan penyakit barah otak. Hal ini demikian kerana gelombang elektromagnet yang terhasil daripada telefon bimbit apabila terkena pada sel-sel otak untuk masa yang berlarutan akan menyebabkan mutasi genetik terhadap sel-sel otak tersebut dan seterusnya menyebabkan kanser otak. Perkara sebegini amat membimbangkan terutama kepada usahawan ataupun khidmat pelanggan yang perlu menggunakan telefon untuk jangka masa yang panjang dalam sehari demi pekerjaan mereka.Bukan itu sahaja, ibu bapa diingatkan supaya mengawasi anak mereka dalam mengguna telefon bimbit pintar selepas kajian terbaru menunjukkan sebahagian besar mereka menggunakannya untuk mengakses gambar dan video lucah.

''Hanya 13 peratus kanak-kanak itu dilengkapi dengan ciri pengawasan pada telefon masing-masing, menurut laporan yang dikeluarkan semalam. Angka itu jauh berbanding dengan yang dipasang pada komputer dan komputer riba di rumah sementara 84 peratus komputer kanak-kanak mempunyai perisian anti-virus. Kajian itu yang dilakukan oleh YouGov menyelidik tingkah laku web telefon bimbit kanak-kanak berusia lapan hingga 15 tahun. Ia mendapati, seorang daripada lima atau 21 peratus kanak-kanak pernah mengakses laman web tidak sesuai menerusi telefon bimbit mereka, meningkat sepertiga di kalangan mereka yang berusia 14 hingga 15 tahun.Sama ada mereka tidak sengaja menemui laman web yang tidak sesuai itu, ramai kanak-kanak dikatakan membaca atau melihat perkara yang mereka tahu hanya untuk orang dewasa. Kajian itu juga menunjukkan ramai kanak-kanak turut mengaku berdepan dengan tindakan ibu bapa dan guru mereka kerana mengakses laman web yang sepatutnya mereka tidak layari menerusi telefon bimbit mereka. - DM''
    
Tuntasnya, walaupun terdapat banyak kebaikan yang boleh kita terima daripada penggunaan telefon bimbit, kita juga akan menerima kesan negatif daripada penggunaan telefon bimbit jika tidak digunakan secara berhati-hati. Jadi, seseorang perlu bijak dalam menggunakan telefon bimbit agar tidak terlibat dalam kancah pembaziran, jenayah ataupun dihidapi penyakit kronik.

rujukan:


IDEA ON APPLICATION IN LEARNING ISLAM

.....



No comments:

Post a Comment