Musim cuti untuk diri kami dah pun sampai di penghujungnya. Dah tak boleh nak main-main lagi.Bermula dengan assignment pertama , kini tugasan yang kedua pula telah siap di' publishkan'. Kami dikehendaki untuk menemubual 'customer' mengenai pendapat atau pandangan mereka tentang agensi pelancongan.
Oleh itu , kami telah bersepakat memilih untuk menemubual seorang mahasiswi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Tahun 2, iaitu Cik Nurul Akmalilhuda Binti Mohd Alami memandangkan beliau sangat gemar menggunakan pakej agen pelancongan.
#catatan :
Penemubual _ Norharlina
rekod _ Nur Aqidah
soalan 1
Adakah anda pernah melancong menggunakan agensi? Berapa kali kerapkah anda melancong dan dimana?
" saya pernah menggunakan khidmat agen pelancongan ini semasa saya ingin menunaikan Umrah sebanyak 3 kali . Bukan itu sahaja , saya juga ada melancong sendiri ketika itu saya ingin melancong ke Korea ."
soalan 2
Apakah pendapat anda tentang melancong menggunakan servis agensi berbanding persendirian?
" Pada pendapat saya , lebih mudah sekiranya menggunakan agensi berbanding persendirian.Ini adalah kali ketiga saya dan keluarga memilih travel agensi sebagai agensi pelancongan kami.Pakej Muslim dengan harga berpatutan yang ditawarkan menjadi faktor utama pemilihan syarikat tersebut. Diharapkan syarikat itu akan terus maju lagi dan dapat menyediakan perkhidmatan lebih baik dari masa ke semasa.
soalan 3
Bagaimana memilih Travel Agency yang bagus dan bagaimana mengelak dari tertipu oleh mereka?
" Untuk memilih Travel Agency yang sesuai, buat survey melalui pihak Tabung Haji atau rakan-rakan yang pernah atau selalu kesana. Sekiranya kita pergi berseorangan atau bersama pasangan sahaja, saya nasihatkan ambillah yang bajetnya dalam RM6-7k kerana hotelnya berdekatan dengan Masjidil Haram, selesa, makanan yang bagus dan para mutawwif yang berpengalaman. Hubungi sebanyak mungkin Travel Agencies dan tanya soalan yang lazim ditanya seperti berapa orang mutawif untuk setiap berapa orang jemaah, jarak hotel dari masjid, program ziarah kemana dan adakah disediakan makanan untuk 3 kali setiap hari. Kalau tidak mahu keletihan akibat flight yang panjang atau banyak transit harga pakej juga berbeza, lagi banyak transit lagi murah tambang flightnya. "
soalan 4
Adakah kebajikan anda dijaga?
" Ya , kalau ada apa-apa masalah , mereka akan tolong 'settle'kan.
soalan 5
Ada sebarang komen atau cadangan utk memperbaiki mutu agen pelancongan?
"Kalau ada sebarang ketidakpuashati usulkan sebarang komen atau komplen kepada pihak pengurusan supaya dapat diperbetulkan sebelum menjadi lebih teruk. Niatlah untuk kebaikan ahli jemaah agar Ibadah Umrah dapat disempurnkan dengan baik. Pengurusan yang bagus akan mengambil berat dan menerima pendapat dan pandangan ahli jemaah. Jangan cuma merungut dibelakang kerana mengumpat akan menjejaskan Ibadah Umrah anda ketika itu ."
setakat ini temubual kami , :)
evidence :
Hope u like our work! ^^
No comments:
Post a Comment